Tuesday, April 22, 2008

Umur Persaraan 60 tahun?

Mampukah kakitangan awam bekerja sehingga umur 60 tahun? Kalau nak diikutkan kehendak Cuepac, nafsu mereka terlalu besar. Bak pepatah inggeris "The spirit is willing but the flesh is weak" Apalah yang mereka fikirkan? Nak kerja sampai mati? Apakah mereka takut menghadapi masa depan yang tak menentu atau Omar Osman yang cuba nak jadi popular?

Bukan semua orang mampu kerja sampai tua. Baiklah, kalau nak sangat kerja sampai tua, penapisan perlu dilakukan. Bukan semua orang layak secara automatik bekerja selepas umur 56 tahun. Sepatutnya, apabila umur mencapai 50 tahun, proses pertama pemilihan atau tapisan dimulakan. Mungkin boleh dilakukan seperti berikut:

1. Pemeriksaan perubatan berkala (setiap 6 bulan)
2. Temuduga oleh panel SPA
3. Soal selidik rakan kerja
4. Laporan prestasi tahunan
5. Ujian kecekapan

Mereka perlu melepasi setiap tahap untuk melayakkan diri bekerja selepas umur 50 tahun dan proses ini boleh dilakukan setiap tahun bagi memastikan mereka sentiasa kompeten untuk menjalankan tugas.

Sudah terlalu banyak aduan yang diterima tentang warga-warga tua yang masih berkhidmat. Jadi proses tapisan yang dicadangkan ini adalah dikira wajar memandangkan peluang untuk golongan muda yang baru memasuki pasaran kerja menjadi semakin kompetitif disebabkan golongan warga kerja tua masih meneruskan perkhidmatan mereka. Fikir-fikirkan.

Friday, April 18, 2008

Babi oh Babi

Tiada apa lagi yang boleh diselindungi Kerajaan PR (Penipu Rakyat) Selangor selain daripada matlamat untuk menjayakan sebahagian agenda nasional mereka. Sah, Selangor akan dijadikan negeri pengeksport babi terbesar dunia selepas rundingan dengan beberapa pengimport babi mengenai potensi negara ini sebagai pengeksport babi ke negara China.
Mungkin ini adalah hala tuju pertama kerajaan PR untuk memajukan sektor pertanian bagi menghadapi krisis makanan yang melanda dunia kini. Apakan kerajaan PR sudah hilang sensitiviti terhadap rakyat negeri Selangor. Apakah sektor ternakan lain tiada daya maju? Atau semata-mata untuk memenuhi keperluan sebahagian daripada para pengundinya. Jika alasan memenuhi permintaan digunakan, jelas ianya tidak relevan dan berat sebelah. Persoalannya, kenapa babi? Sedangkan dilaporkan produktivitinya sudah dikira melebihi daripada permintaan dalam negeri. Kenapa tidak digalakkan ternakan lembu dan kambing yang amat kurang sekali bekalan berbanding permintaannya.
Apa pula fatwa PAS dalam hal ini. Ini amat dinantikan.