Tiada apa lagi yang boleh diselindungi Kerajaan PR (Penipu Rakyat) Selangor selain daripada matlamat untuk menjayakan sebahagian agenda nasional mereka. Sah, Selangor akan dijadikan negeri pengeksport babi terbesar dunia selepas rundingan dengan beberapa pengimport babi mengenai potensi negara ini sebagai pengeksport babi ke negara China.
Mungkin ini adalah hala tuju pertama kerajaan PR untuk memajukan sektor pertanian bagi menghadapi krisis makanan yang melanda dunia kini. Apakan kerajaan PR sudah hilang sensitiviti terhadap rakyat negeri Selangor. Apakah sektor ternakan lain tiada daya maju? Atau semata-mata untuk memenuhi keperluan sebahagian daripada para pengundinya. Jika alasan memenuhi permintaan digunakan, jelas ianya tidak relevan dan berat sebelah. Persoalannya, kenapa babi? Sedangkan dilaporkan produktivitinya sudah dikira melebihi daripada permintaan dalam negeri. Kenapa tidak digalakkan ternakan lembu dan kambing yang amat kurang sekali bekalan berbanding permintaannya.
Apa pula fatwa PAS dalam hal ini. Ini amat dinantikan.
1 comment:
Saya bersetuju dengan pendapat saudara. Hari ini dunia sedang cemas dengan krisis makanan sehinggakan bantuan makanan terpaksa dihentikan. Di Malaysia pula berlaku 'perang babi'! Orang sibuk dengan beras yang tak cukup, kita pula sibuk dengan daging babi yang berlebih-lebih di sini. Saya berpendapat kita patut mengambil langkah proaktif untuk mengatasi masalah krisis makanan ini dengan melupakan hasrat untuk menjadi juara dunia pengeluar babi dengan menggantikan tanah untuk ladang babi ini dengan kawasan pertanian untuk tanaman makanan kita. Kalau babi tak cukup semua masih boleh hidup tetapi kalau nasi tak cukup...macam mana kita hendak hidup?
Post a Comment