Tuesday, May 20, 2008

Tun Dr Mahathir Keluar UMNO

Apa pun tindakan yang dilakukan oleh TDM adalah hak beliau sebagai seorang individu dalam negara demokratik di Malaysia. Kita perlu hormati beliau atas keputusan yang diambil. Hairan saya kenapa ada segelintir pemimpin UMNO yang melatah seolah-olah melepas geram terhadap TDM. Kenapa Tun Musa Hitam tergamak meluahkan kata-kata bahawa "duri sudah keluar dari daging"? Siapa sebenarnya duri atau sebenarnya daging yang sudah membusuk? Kenapa pemimpin setahun jagung seperti Mahzdir Khalid dan Ir Md Zin pun berani bersuara seolah-olah mereka pemimpin hebat dan banyak berjasa kepada negara? Tidakkah mereka ini sedar diri bahawa mereka juga "disposable". Kita tunggu dan lihat sama ada UMNO terus menerus memperkukuhkan kedudukannya sebagai tunjang BN atau mereput dan membusuk akibat kealpaan kepimpinannya.

No comments: